Bagaimana jikalau apa yang sedang berlaku ini adalah gara gara orang yang berkelakuan seperti Syaitan, semata mata demi mengecapi kepentingan diri mereka?
Bagaimana jikalau apa yang sedang berlaku ini adalah kerana mereka yang bertopengkan seorang manusia sedang memporak perandakan kita demi melepaskan dendam mereka terhadap aku?
Dan bagaimanakah sekiranya apa yang berlaku ini adalah bertujuan untuk menilai seteguh mana kaseh sayang kita terhadap masing masing?
Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang terhadap hambaNya. Aku percaya apa yang berlaku adalah takdir kita untuk terus bersama.
Namun, walau apapun, akan ku tabahkan hati untuk mengharungi dugaan dan cabaran ini. Kerana aku percaya pada kita, aku percaya pada Tuhan. Aku percaya ikatan ini adalah abadi. Bersama kamu lah, akan ku hembuskan nafas terakhirku dan untuk selamanya, hanya kamu yang bertakhta di hati ini.
Genggamlah tangan ku dengan erat. Naluriku berkata, kamu dan aku akan kecapi kemuncak impian kita. Ku memohon untuk sepelusuk hitam mu itu untuk percayalah.
posted by Faye Kusairi #
01:41